Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Sunday, February 10, 2013

Coklat Chip Famous Amous

Assalammualaikum,selamat petang ,selamat bercuti jua untuk kita yang tengah cuti2 Malaysia ni yea..seronok la yang mana tengah berada di kampung..Miss tak pergi mana pun,semalam memang ada kawan ajak jenjalan ke Cherating,kemudian Terengganu dan akhir sekali ke Kelantan.Wah,macam best kan..tapi malas la join sebab x plan dari awal lagipun miss perlukan rehat sejak kembali dari kampung tercinta isnin lepas,sebelum balik kampung aritu kan miss baru balik dari Sabah..erm,agak penat kan..
Kawan yang miss maksudkan ni adalah kawan baru yang baru miss kenal di KK last vacation..
Husband and Wife yang cukup sporting dan dua-dua pon engineer tapi honestly,memang selamba dan tidak berlagak sangat..eh..sorry2..next entry miss cerita tentang diorang ye..Title entry lain story lain..maap ya ibu2 semua:) 
Ha..berdasarkan tajuk entry kita di petang ini,Famous Amos biskut..home made tau,miss buat sendiri..Wah..bau nya yang semerbak,sangat2 menggoda blh chalengge Famous Amos kat Alamanda atau kat airport2..hahahha,ada hati ye..takpe2..jgn marah tuan2 ,memang ini kali pertama miss try buat..erm,memang sedap.tak yah susah2 g FA tu..Sumber resipi miss dari Che Ct yang telah diolah dari blogger sebelum nya...Now miss share pulak sini ya:


Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur

1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua (Miss x letak)



Cara membuatnya :

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

1 comment:

CintaZulaikha said...

pnh buat...tp tak rangup...humm

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat