Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My Photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Tuesday, April 23, 2013

Saya Rindu Dia!

Assalamualaikum,selamat pagi chenta..setelah sekian lama miss bercuti bloging,cuti la sangat kan3...kini miss kembali, Just nak ucap selamat pagi..:)


 Inilah insan yang sangat penting dalam hidup miss,ibu tercinta..miss u so much mom,tak sabarnya  nak balik bercuti nak jumpa dia..dan sebelah tu pula anak sedara miss.

Thursday, March 7, 2013

HARI KRAF KEBANGSAAN 2013


Sebenarnya lama dah berlangsung.. Hari Kraf Kebangsaan (HKK) memasuki edisi ke 11 bagi tahun 2013 yg bermula pada 27 februari hingga 11 Mac.Pelbagai acara dan aktiviti disusun khusus untuk tatapan pengunjung daripada julan produk kraf,pameran produk baru,muzium kraf dan macam-macam lagi.Dianggarkan seramai 500 usahawan kraf seluruh negara dijangkakan mengambil bahagian dlm HKK ini,oleh kerana miss akan menyertai rombongan cek kiah...eh silap,miss akan turut serta dalam lawatan berpandu sempena Hari Kebangsaan 2013, baru la mis tergerak nak update d sini :) Seramai 27 orang ahli Puspanita dipilih untuk menyertai lawatan ni.Bila godek2 website diorang tadi,miss share sekali la antara aktiviti-aktiviti  yang ada.
  1. Jualan Kraf
  2. Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
  3. Pameran Produk Kraf Warisan
  4. Bicara Kreatif
  5. Padanan Perniagaan
  6. Demonstrasi Kraf Tempatan
  7. Demonstrasi Masakan Tradisional
  8. Interaktif Kraf
  9. Persembahan Kesenian
  10. Pertandingan Rekaan Batik dan Fesyen Sempena HKK2013
  11. Pertandingan Bintang & Bakat Hari Kraf Kebangsaan
  12. Pertandingan Produk Kraf Terbaik
  13. Pameran Seni Ukiran Kayu Dalam Senibina
  14. Lawatan Berpandu
  15. Pameran Produk Seramik
  16. Pameran Produk Yang Mendapat Pengiktirafan dari UNESCO Awards of Excellence for Handicrafts
  17. Pameran Seni Ukiran Kayu Malaysia - Persatuan PENGUKIR


Wednesday, March 6, 2013

Macaroni bakar

sumber: pinjam dari mr google sekejap,nati update gambar sendiri :) Tq


Assalamualaikum ,selamat hari rabu to all my readers,eh2 ado ke..anggap je ada..ini cerita last week punya.Aktiviti makan-makan yang kami buat kat opis.Tetapi 'pot luck' kami ni secara kecil-kecil di unit miss sahaja.Pikir2,menu yang sepatutnya nak bawa,sebab kami bebas bawa makanan apa je,sesuai untuk breakfast,maka di hari jumaat yang mulia  tu miss buat la macaroni bakar..first time buat tau! tapi Alhamdulillah,melalui tester2 sekalian mengatakan sedap..Terima kasih dan miss bersyukur gak,sbb ianya menjadi seperti yang diinginkan..
Miss ikut resipi dari blog2 otai yang lain..(minta maaf ..miss x ingt blog mana,apa2 pun terima kasih pada empunya resipi asal) 

Resipi nya seperti ini :) 

200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
250g daging cincang, dibersihkan
1 tangkai cili merah, dihiris 
1 tangkai cili hijau, dihiris 
50 g cendawan butang, dihiris nipis 
1 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan potongan daun kucai (miss x letak)
parutan keju cedar secukupnya 

Kastard
5 biji telur gred A 
200 ml susu cair 
2 camca teh tepung gandum 
1 camca teh gula 
1 camca teh garam 

Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. 
Kemudian masukan daging dan kacau rata hingga daging masak
Tambahkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan makaroni dan bahan2 lain yg telah di satukan tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk. 
Tuangkan kastard kedalam makaroni tadi dan kacau hinga bergaul rata
Sediakan loyang untuk membakar.
Sapukan loyang dengan buter.
Panaskan oven pada suhu 180C
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang
Taburkan parutan keju(mozarela yg siap parut miss gunakan)
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak
Ita bakar dengan api bawah selama 20 minit dan kemudian buka api atas bawah dan bakar lagi selama 5 minit.

terima kasih utk empunya resipi...selamat mencuba,conform x nyesal punya la.



Tuesday, March 5, 2013

Wali Band - Doaku Untukmu Sayang


Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia

Lagu yang wali band dendangkan  ni amat syahdu ..hiihih..jiwang nya miss nih:) petang2 ni amik masa tarik nafas sikit :) menjenguk blog yang dah lama terabai..Suka dengar lagu ni dan search lirik lalu amati nya bukan bermakna ianya ditujukan buat seseorang yang special..hanya sekadar suka-suka sahaja .:)

Thursday, February 28, 2013

karnival WOW KEMBALI!

Mari kita santai2 dan parent bawa la anak2 anda mengisi masa dihujung minggu ke Putrajaya Presint 2. kenapa? sebab ada pesta..pesta apa...teruskan membaca di bawah:) 


 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat