Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Tuesday, October 16, 2012

RESEPI KEK PUDING KARAMEL


Taaraa..hari ahad lepas miss try buat kek ni,tak lain tak bukan adalah kek karamel :) percubaan berani tu,walaupun tak sesempurna kek karamel otai2 d luar sana.Tapi thumbs up utk diri sendiri dan member ni iaitu cik pingu kerana bekerjasama menjayakan projek kek nih!..hihi,kek part puding nya tu terlalu tebal,pasal acuan/loyang nya kecik dan belang2 nya pun tak berapa nak cantik. Mula2 nak potong tu,tengok je air nya mcam banyka..aahhh,cuak dah rasa hati takut tak menjadi,rupanya mmg biasa la kot,karamel kann..Ha,meh try pulak kamu2 ye,resipi ni miss dapat dari kak hanamemories..copy and cuba..Thanks.Puas gak buat research agar kek tu tak sia2..:)

sumber asal dari:hanamemories.blogspot.com
 Bahan-bahan
(A) Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus) *tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang) Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

 (B) Bahagian Atas

1 tin susu cair ( 400ml)

1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar gula
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

C) Lapisan Kek

140 gm tepung gandum @ tepung SRF
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
130ml air biasa
1 sudu teh baking powder - tak perlu jika guna tpg SRF
50 ml minyak masak

 (D) Merinque
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar - optional

Cara-cara :
1.Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
2.Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
3.Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
4.Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
5.Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
6.Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je. 
7.Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
8.Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
9.Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
**selamat mencuba:)**
 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat