Assalamualaikum,u alls pergi mana semalam ye,miss tak pergi mana-mana pun.Duduk elok-elok di rumah,melawan novel bertajuk ‘untuk 3 hari’karya Ahadiat Akashah.Di mana ianya mengisahkan perkahwinan yang watak-watak ni lakonkan hanya untuk tiga hari sahaja.Adakah mereka berpegang pada janji dan setelah hari ketiga mereka akan bercerai? Kalau nak tahu kena la baca sendiri.miss pinjam novel ni dari teman seOffice.Dan untuk lunch semalam,miss hanya masak telur Goreng Berlado,menu simple dan cepat.Petang tu baru pergi membeli sayur dan bahan-bahan untuk masak tomyam pulak.Erm,,mari miss share resipi mudah dan cepat ni
Bahan-bahan:
Telur (miss buat 3 biji je)
Minyak
4 tangkai cili merah
4 tangkai cili hijau
3 tangkai cili padi
4 Bawang merah
Garam dan gula secukup rasa,
Cara membuatnya:-
Miss tumbuk bahan-bahan tadi,tapi jangan hancur sangat..sambil tu,rebus la telur tadi.
After sejuk,kupas kulit dan goreng secukupnya.
-Angkat dan ketepikan
-Gunakan minyak yang sama,kurangkan sedikit dari kuantiti tadi,tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.Goreng hingga naik bau,masukkan garam dan gula secukupnya.
-Masukkan telur tadi dan gaul,kemudian siap utk dihidangkan.Paling mudah kan
3 comments:
Masak macam ini kesukaan anak kakak yg sulung. Kalau makan dgn nasi lemak huh... lagilah kick...
comelnye telur tuh...:)
comel dan mudah..:)
Post a Comment