Hai,tadi tengah boring2 miss baca la satu majalah ni..terjumpa dengan puisi yang agak menarik perhatian.Mari kita sama-sama menghayati setiap bait puisi itu:)
Kita telah terpisah
di antara langit dan bumi
Maaf segala yang terlebih dan terkurang
lewat kata-kata dan tingkahlaku
segala yang kulakukan demimu
supaya kau menjadi manusia
yang lebih berjaya dan berjiwa
telah kuhalal semua yang kuberi
Usah sebut kata rindu
Jangan bilang harimu
Jadi tidak bermakna tanpaku
kerana ada aku dan tiada
Seolah tidak meninggalkan bekas di hatimu
hilangku dari sisimu
hanya rasa kehilangan yang sementara
dan segalanya akan jadi seperti sediakala
apabila di singgah hidupmu
ada yang beerti daripada aku
Usah juga berkirim salam
kerana ingatan terhadapmu
mahu ku usir jauh
sehingga tidak meniggalkan kesan
bukan benci atau berdendam
menjadi api yang membakar diri
tapi hanya aku rasa berkecil hati
padamu aku umpama bulan yang terbit siang
Wujud tanpa di intai ,sirna tidak dicari
*yup,telah ku halalkan segalanya,begitu kau berlalu namun doaku sentiasa mengiringimu*
No comments:
Post a Comment