Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Thursday, November 3, 2011

Misteri Kehilangan Kanak-kanak berusia 6 tahun


Selamat Pagi semua,dua hari lepas miss di kejutkan dengan khabar anak kepada sepupu2 di sana yang hilang dah dua hari.dan keluar plak dalam paper.Pada 2 November di Borneo Post:


BINTULU: Misteri kehila-ngan Siti Nor Hajar Mohd Rashidi, 6, yang dilaporkan hilang pada petang Ahad lalu belum terjawab dengan polis dan anggota penyelamat masih buntu dengan pencarian mereka.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Madang Usat berkata, operasi me-ngesan Siti diteruskan semula semalam selepas ditangguhkan jam 6 petang Isnin lalu.
“Setakat ini saya belum dapat memberikan maklumat berhubung kehilangan Siti namun kami telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi me-ngesan kanak-kanak itu di semua lokasi yang difikirkan perlu.
“Operasi ini masih ber-terusan sehingga kami mendapat petunjuk tentang kanak-kanak ini,” katanya semasa dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Madang turut melawat rumah mangsa di Kampung Baru Laut untuk mendapatkan maklumat sekali gus merungkai misteri kehilangan kanak-kanak terbabit.
Kali terakhir Siti Nor Hajar dilihat ibunya, Suriana Yunus, 27, ialah jam 2.30 petang Ahad lepas di kediaman mereka di Kampung Baru Laut sebelum hilang sekitar jam 5 dan 6 petang hari sama.
Kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu dan bakal memasuki Tahun Satu tahun depan.



No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat