Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Wednesday, November 2, 2011

Hari Raya Aidiladha..


Tinggal tiga hari lagi semua umat islam akan menyambut raya Aidiladha kan.Dan tinggal dua hari lagi,miss akan fly balik ke pangkuan family tersayang di bumi kenyalang.Semoga semua urusanku di permudahkan.
Ingat tak kita asal-usulnya hari raya korban ni??
Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 zulhijjah,solat sunat di pagi hari 10 zulhijjah kemudian diikuti dengan sambutan ibadah korban yang dilakukan pada 10,11 atau 12 Zulhijjah.
Asalnya begini mengingatkan kita tentang kisah Nabi Ibrahim yang bermimpi dimana Allah memperintahkan supaya menyembelih anaknya iaitu Ismail.Nabi Ibrahim menceritakan mimpinya kepada isterinya Siti Hajar.Siti Hajar mengatakan mungkin mimpi itu hanya mainan tidur sahaja tetapi kalau mimpimu itu merupakan wahyu,wajib la dituruti.Apabila mendengar kata ibunya,Ismail yang mendengar lalu berkata kepada bapanya,"Ayahku,sekiranya ini wahyu dari Allah S.W.T,aku sedia merelakan diriku  untuk di sembelih".


Setelah perbincangan selesai,keesokan harinya,Nabi Ibrahim membawa Puteranya,Ismail untuk disembelih.Orang ramai yang mendengar berita itu,takut sehingga ada yang mengatakan Nabi Ibrahim gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri.
Walaupun tuduhan orang ramai macam-macam Nabi Ibrahim tetap jalankan tugas nya yang diperintahkan .kemudian Nabi Ibrahim melaksanakan perintahnya lalu baginda mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu mengacukan pedang ke leher Ismail,Maka terpercik la darah mengenai badan baginda.Nabi ibrahim yang menggeletar lalu membuka matanya..alangkah terperanjat nya baginda apabila melihat yang disembelihnya itu bukan la anaknya tetapi seekor Kibas.Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T ,anak beranak itu berpelukan dan bersyukur kepada Allah sehingga mereka dapat menunaikan perintah Allah S.W.T




*Selamat hari raya aidiladha semua,,ampun maaf semua*chewah,awal kan :)

No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat