Assalamualaikum,buat pa tu,mesti dah kenyang kan...dinner apa ye td..miss malam ni tak masak ape pun,selera masih tak boleh nak terima apa apa.
Semalam ada sahabt yg emailkan "doa jodoh " ni..meh kita share bersama:
Ya Allah..
Andai engkau tuliskan dlm takdir hidup ku
Dia akan menjadi sahabat sejati dalam menapaki kehidupanku
Satukan la hatinya dgn hatiku
Anugerahkan la kebahagiaan dalam kehidupan kami
Jadikan la kemesraan diantara kami abadi
Ya Allah...Ya tuhanku berkuasa atas hidup dan matiku
Jadikan la kami seiring dan sejalan dalam melayari kehidupan
menuju keabadian dan kesejahteraan
Tetapi Ya allah ..
Andai yang Engkau tulis dia bukan lah takdir ku
Jauhkan la ia dari pandangan mataku
Jauhkan la dia dari pandangan hati ku
Jauhkan dia dari pandangan dan ingatanku
Cabutlah kebahagiaan dan kerinduan hatiku
Jagakanlah hatiku dari kekecewaan
Ya Allah..Yang maha Kasih Dan Maha Cinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkan la kembali yang telah patah
Walaupun tak sama dengan dirinya
Ya allah..ya tuhanku
Aku pasrahkan jodohku pada takdirmu
sepenuh hatiku yakin
Sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untukku
Ya Allah ...cukupkan saja engkau menjadi pemelihara ku
pemelihara jiwa dan hatiku
di dunia dan akhirat
Dengarlah Permintaan hatiku ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia dan akhirat.
Menjuruskan ku kepada kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakan aku pasangan yang beriman
supaya aku dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang kau redhai
Dan kurniakan lah pada ku keturunan yang soleh..
Amin...Ya Rabbal Alamin~~
No comments:
Post a Comment