Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Sunday, January 13, 2013

Murtabak Roti !

Assalamualaikum,teman2 alam maya miss..Agak lama dah tak mencoret cerita di sini kan.Arini nak share kat  tmn alam maya miss ni,resipi murtabak roti...miss buat ptg sabtu sebagai menu dinner .Rasanya mesti ramai yang minat, tidak semestinya musim puasa je kita nak makan murtabak kan.Ini murtabak handmade la,handmade or homemade? apa2 je la..yang ptg jadi jugak..Idea tercetus apabila bread/roti tak habis la ni..

Bahan2:
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk cili
1/2 kilo daging cincang(beli yg instant) 
sedikit keledek merah(potong dadu kecik)
2 tangkai daun sup
4 biji telur ayam
4 sudu susu manis
1 bungkus roti
setengah gelas air masak 
garam dan gula ikut suka 

Langkah membuatnya: 
1.Masukkan minyak ke dalam kuali dan tunggu hingga benar2 panas.
2.Kemudian masukkan bawang putihdan bawang merah yang dikisar/ditumbuk ke dalam minyak yang telah panas tadi.
3Goreng hingga garing dan naik bau,kemudian masukkan kari,serbuk cili dan kacau hingga sebati.
4.Masukkan daging cincang dan kacau hingga kering.
5.Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
7.Masukkan keledek dan miss masukkan sekali sayur campur.
8.kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas,kemudian masukkan telur,telur akan masak dengan sendiri dek kepanasan keledek tersebut.
9.Apabila siap,celupkan roti tadi ke dalam susu yang telah dibancuh dan susun dalam loyang secara berlapis antara roti dan daging tadi..lapis hingga cukup2 loyang.Akhir sekali bakar dalam suhu 180-220 drjah,ikut kepanasan oven masing-masing.Miss bakar selama 30 minit.

*Kebetulan petang sabtu tu,adik kepada housemate dtg bersama kwn2,maka rezeki la,we all makan bersama.Kitaorng makan 6 orang.Licin,diorang kata Sedap :) alhamdulillah :) so,kalau rajin tu,try buat sendiri ..bye2...selamat malam..
Gambar tak sempat pon snapp...

1 comment:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat