Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Monday, December 17, 2012

Creepe durian saya :)

Assalammualaikum,hello isnin mari..hihihi,ari ni nak share,xtvt miss hujung minggu.Kalau u all p jenjalan,balik kpg,p dating dan sewaktu dgn nya,miss pulak just duk umah,mencuba sesuatu yang baru,nak tahu apa dia? 

Ni mmg season nya,lama dah org kecoh-kecoh pasal nih,miss pulak baru nak cuba..hahahha.takpe2..kira versi lambat la nih:)


comel kan dia,tapi ni bukan yang miss buat,ni miss pinjam dr mr Google,thanks yea

Comel dan gebu's nya ye kamu wahai durian creepe a.k.a pillow durians hihi,mcm pillow je rupa dia.
Resipi nak buat creepe ni ada macam2 kan:) tapi miss pilih yang ni.


20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste (nak letak blh,tak letak pun blh)

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.Whisk dan tapis.



yang ni baru la yang miss buat,tak berapa nak comel,hiihi

mari sambung cara nak buat creepe td :
Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.

Utk Filling pun ada dua resipi yang miss tengok: kalau by kak Zu Semanis gula :
Resipi Filling cream kastard(miss buat jugak)

A.200 gm fresh milk
 2 kuning telur
 30 gm gula halus
 1 tbs tepung kastard
**kacau atas api cara double boiler**

B.250gm whiping non dairy~ putar kental

***Satukan bahan A dan B maka jadi la filling nya**
Dan jangan lupa watak UTAMA = Isi durian yang telah dihancurkan**
Dan utk yang tak nak buat filling kastard,guna je langkah B,just putar whipping cream je,dan isi durian as a filling.

Setelah creepe tu siap,pastikan dah sejuk maka mula la kita melipat creepe tu ikut suka:) 
selamat mencuba..Credit to resipi2 from bloggers lain.Thanks mr google too.
p/s:ramai tester kat opis,nnti miss tanya apa mereka rasa**:)






1 comment:

Anum said...

sedapnya
menarik warna2

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat