Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Thursday, November 29, 2012

Jangan Pandang remeh tentang SARAPAN

Selamat tengahari teman sekalian,ari ni miss nak share tentang breakfast padahal sekarang kita tengah Lunch ye..biasanya,kita selalu mengabaikan nya..ye x? tapi sedar tak bahwa ianya amat penting untuk tubuh kita.
Kita boleh ikut panduan seperti di bawah atau boleh ubah ikut keselesaan masing2.

1) Luangkan masa untuk sarapan

Sarapan sememangnya penting kerana ia membekalkan tenaga dan khasiat diperlukan sepanjang hari. Kajian menunjukkan sarapan berkhasiat boleh membantu mengawal berat badan. Namun, sekiranya tidak diambil, ia boleh mendatangkan risiko peningkatan berat badan dan seterusnya obesiti.


2) Bertukar kepada kebaikan bijian penuh

Jika tidak sempat bersarapan, sediakan bekalan biskut atau minuman bijirin sarapan bijian penuh di tempat kerja. Ini membolehkan anda mengembalikan tenaga segera sebelum waktu makan tengah hari dengan cara lebih sihat berbanding coklat atau makanan ringan.

Bijian penuh ialah sumber vitamin B, vitamin E, garam mineral seperti magnesium, zink dan selenium yang baik, serta serat makanan dan fitokimia yang penting untuk membantu menjaga tubuh yang sihat. Panduan Diet Malaysia menyarankan sebanyak empat hingga lapan hidangan bijian penuh setiap hari.
Antara bijian penuh yang boleh diambil termasuk beras perang, oat dan bijirin sarapan.


3) Amalkan nyah toksin setiap hari

Mulakan hari dengan mengambil segelas air suam bersama perahan jus lemon. Jadikannya rutin dan ia akan membantu membersihkan tubuh di samping menyah toksin sel hati.


4) Gunakan tangga, bukan lif

Selain memberi manfaat kepada tubuh, senaman memperbaiki tindak balas dopamin dan seratonin dalam otak, seterusnya mempengaruhi mood dan daya pemikiran.

Ia juga menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang baru.

Senaman secara sederhana juga sudah memadai jadi jika berasa tertekan, gunakan tangga dan anda akan rasa perbezaannya.

Mencapai keseimba-ngan untuk permulaan hari anda bukanlah sesuatu yang susah. Jika anda sudah bersedia untuk perubahan yang lebih baik, kerat artikel ini dan tampal di pintu peti sejuk sebagai peringatan.

*sumber dari Akhbar*

1 comment:

Anum said...

perkongsian yg menarik

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat