Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Thursday, November 1, 2012

DERMA DARAH

Assalamualaikum,selamat malam semua:) miss berkoya aka berangan dan berniat nak derma darah esok.Eh,tetiba je ek miss ni.Begini,esok akan di anjurkan Hari Inovasi serta kempen Derma Darah kat opis ni,mana yang rasa darah dan kesihatan dia memuaskan tu,mari la kita menderma untuk kebaikan dan menyumbang kepada yang memerlukan. Miss ada niat tu,tetapi keadaan kurang mengizinkan ,tapi esok nak check kesihatan la dulu.Miss ni,berat pun tak lepas ,hihi,takpe2 esok tengok mcm mana.

Ha,ni syarat2 nya kalau nak derma darah: 

> Berumur 18 hingga 65 tahun.
> Berat badan melebihi 45 kilogram.
> Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
> Tidak menghidap penyakit kronik.
> Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
> Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
> Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.



DAN ini perlu diLARANG menderma:

> Demam (apabila sakit atau demam, darah kita mengandungi banyak sel darah putih — yang boleh memberi kesan kepada penerima).
> Berat badan kurang 45 kilogram.
> Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah (perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu selepas dos terakhir).
> Tidur kurang lima jam.
> Minum minuman beralkohol kurang dari 24 jam.
> Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
> Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.



Menderma darah perlu ikhlas dengan niat mahu membantu orang yang benar-benar memerlukan.
Untuk menjadi penderma darah, perkara pertama ialah memastikan anda benar-benar sihat untuk mengelak timbul masalah pada diri sendiri mahupun penerima.

Jangan takut:) menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan akan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma.

*warga kerja di presint 2,sila2 la datang ke lobi kementerian kewangan yea,kerana pemeriksaan dan derma darah berlangsung sehingga petang disitu



No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat