Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Tuesday, July 24, 2012

wang kertas siri keempat



Anda nampak ape? off course la duit kan,ini merupakan wang kertas baru yang member dapat last week,benda baru haruslah tangkap gambar..sekali pandang duit ni mcm duit saidina tu..hihihi.Mari kita tengok apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada duit baru kita ni.Cuma RM20 je masa tu belum dikeluarkan.
Wang kertas baharu berada dalam edaran pada 16 Julai lalu merupakan siri keempat. Siri pertama dikeluarkan pada 2 September 1968 manakala ejaan bahasa Melayu baharu diperkenalkan pada 16 Ogos 1972.

Siri kedua dikeluarkan pada 1 September 1982 dan siri ketiga berada dalam peredaran secara berperingkat-peringkat bermula dengan wang kertas RM2 pada 5 Februari 1996, RM10 (19 Januari 1998), RM50 (20 Julai 1998), RM100 (26 Oktober 1998), RM5 (27 September 1999) dan RM1 (8 November 2000).

Ciri keselamatan

"Terdapat tiga tahap ciri keselamatan dalam wang kertas baharu ini. Ia lebih moden, praktikal dan terkini sejajar dengan perkembangan teknologi.

"Ini bertujuan memudahkan pengguna dan meningkatkan perlindungan kemungkinan berlaku pemalsuan," terang Azman ketika ditemui di ibu pejabat BNM, Kuala Lumpur.

Tahap pertama untuk kegunaan orang ramai, tahap kedua untuk kegunaan pekerja-pekerja di kaunter melibatkan wang seperti pengurup dan di bank-bank.

Tahap ketiga dan tercanggih pula, ciri-ciri keselamatan hanya boleh dikesan oleh mesin seperti mesin teler automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM).

Ciri keselamatan yang digunakan orang awam boleh dilihat dengan mata kasar malah ketulenannya juga mampu dikesan melalui cara menyentuh wang kertas.

Wang kertas menggunakan teknik percetakan intaglio yang merupakan cetakan dengan dakwat dalam kuantiti yang banyak. Ia menghasilkan efek timbul apabila disentuh.

Selain itu, pengguna boleh mengesan dengan mudah wang tulen atau tidak dengan melihat benang keselamatan yang berubah-ubah warna apabila digerakkan.

Jika dihalakan bawah cahaya pula, ciri-ciri keselamatan seperti imej potret tera air (watermark) Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pertama dapat dilihat manakala wang kertas yang diperbuat daripada substrat (bahan asas) polimer memiliki tingkap pandang telus.

Ciri-ciri baharu yang ditambah pula ialah potret dengan tera air piksel (pixel watermark) dan benang kanta mikro dengan petak kilat berwarna.


"Mereka yang bekerja di kaunter wang pula selalunya mempunyai instrumen pengesan dalam bentuk alat-alat ringkas seperti kanta pembesar atau lampu ultra ungu," terang Azman yang telah berkhidmat dengan BNM lebih dua dekad.

Melalui penggunaan kanta pembesar, pekerja kaunter bank dapat melihat perkataan Bank Negara Malaysia berulangkali dicetak pada bahagian belakang yang menjadi latar belakang rekaan. Ciri ini dikenali sebagai cetakan huruf mikro.

Selain itu, pada tengkolok potret YDPA terdapat satu set perkataan yang tercetak nama penuh YDPA. Kedua-dua set tulisan itu amat sukar dilihat dengan mata kasar. Jelas Azman, hanya bintik-bintik kecil yang kelihatan jika wang tersebut palsu.

Bagi tahap keselamatan ketiga, ciri-cirinya hanya boleh dibaca oleh mesin. Nombor siri kepingan wang kertas yang berwarna hitam memiliki sifat magnetik. Sebagai contoh, mesin CDM boleh mengesahkan kesahihan wang kertas selain beberapa ciri yang dapat dikesan dengan infra merah.

Denominasi RM20 diperkenal kali ini manakala syiling siri ketiga memiliki saiz dan kemasan tepi yang berbeza-beza bergantung pada nilai permukaan duit.

"Ciri keselamatan dan saiz wang syiling yang berbeza memudahkan orang ramai menggunakannya," kata Azman yang menyifatkan siri terbaharu sukar mengelirukan pengguna.

*syok la tukar duit raya tahun ni,semua baru gaya nya kot**

3 comments:

IntaNBerliaN said...

ada gak tgk duit baru rm1 baru ni.. duit dia cam rm5 kan.. ada yg bhgian plastik tu :-)

Miss uCu said...

a'a.mcm duit rm5 :)

Fariz Reza [FR] said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 253 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat