Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Saturday, May 26, 2012

Tidur dan tilam?


Assalammualaikum,hai..kenapa la agaknya miss namakan tajuk entry ni tilam dan tidur? Mesti la sebab ada kaitan kan.Kadang-kadang ada antara kita mengalami masalah sukar untuk tidur dan kurang tidur akan menyebabkan kita serba tak kena pada keesokan harinya.Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan kita sukar tidur,di antara nya adalah pemilihan tilam.Pemilihan tilam yang baik perlu mengambil kira berat dan ketinggian seseorang, selain memastikan tilam yang dipilih mampu menyokong tulang belakang serta tubuh badan dengan selesa.
Mari kita tengok apa yang tak kena ye.....



Panduan memilih tilam


Tilam mempunyai pelbagai jenis seperti foam, spring dan lateks.

Bagi pasangan, tilam jenis spring paling sesuai.

Pasangan perlu mencuba tilam secara bersama dan memilihnya mengikut berat pasangan yang lebih ringan.

Tilam perlu menyokong setiap lekuk tubuh tanpa regangan antara kedua-duanya.

Semakin rapat garis potongan di permukaan tilam lateks, semakin lembut tilam.

Semakin rapat poket spring pada tilam jenis spring, semakin kenyal tilam.

Tilam dipilih berdasarkan berat badan dan cara tidur.

Pilih yang bebas hama bagi mereka yang mempunyai masalah hidung sensitif atau resdung.


Jenis tilam dan bantal sesuai cara tidur

Tidur mengiring - tilam lembut, bantal tinggi.
Tidur berbaring - tilam sederhana kenyal, bantal sederhana tinggi.
Tidur meniarap - tilam kenyal, bantal rendah.


Panduan penjagaan tilam

Menggunakan penyedut hampa gas bagi menarik habuk pada tilam.
Sekali-sekala jemur tilam ketika matahari terik untuk membunuh pepijat.
Mengenakan sarung tilam bebas hama.
Menyarungkan pelindung tilam bagi mengelak kekotoran melekat pada tilam.
Menukar tilam setiap lima atau tujuh tahun.


Panduan mendapatkan tidur nyenyak

Menenangkan diri dan merehatkan minda 20 minit sebelum waktu tidur.
Mendengar muzik lembut dan mendayu.
Mandi air suam untuk merehatkan otot.
Membaca buku.
Menutup semua gajet terutama berkaitan laman sosial.
Tidur sebentar kurang satu jam pada waktu siang sekitar jam 2 petang.

Bagi yang bekerja syif malam, tidur dalam bilik yang gelap sepenuhnya seperti waktu malam, menggunakan langsir tebal dan tutup pintu.


Kesan tidak cukup tidur

Lemah fikiran dan hilang tumpuan.
Lemah tubuh badan.
Metabolisma menurun.
Berat badan mudah naik.
Kesihatan terjejas


Posisi tidur

Tidur meniarap

Posisi ini memberi tekanan pada otot bahu dan dada dan tilam yang sesuai adalah lebih kenyal. Pemilihan bantal pula daripada jenis yang lebih rendah dan lembut supaya tidak memberi tekanan pada leher.

Cara tidur ini sepatutnya dielak kerana ia menyebabkan tekanan pada hujung tulang belakang dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga memberi tekanan berlebihan pada leher.

Tabiat tidur seperti ini boleh diubah dengan meletakkan botol kaca atau bola tenis di bahagian hadapan baju tidur.

Tidur meniarap hanya disarankan kepada mereka yang sesuai untuk penderita penyakit degeneratif atau cakera teralih di bahagian tengah tulang belakang.


Terlentang

Ketika tidur terlentang, tulang belakang melengkok ke posisi janggal yang mampu melenguhkan otot, sendi dan saraf. Tulang belakang tidak sepatutnya berkeadaan lurus tetapi ia mempunyai tiga lengkok iaitu di bahagian bawah, tengah dan berhampiran leher.

Masalah tidur berdengkur selalunya berpunca daripada keadaan tidur terlentang tetapi ia boleh dielakkan dengan meletakkan botol atau bola yang dilekatkan di bahagian belakang baju tidur.

Tidur sebegini memerlukan tilam lebih kenyal dan bantal sederhana tinggi bagi menyokong badan.


Mengiring

Posisi ini dikelaskan sebagai terbaik untuk tubuh dan disarankan kepada semua orang kerana ia tidak membebankan bahagian tulang belakang.

Namun ia memerlukan tilam lebih lembut dan bantal lebih tinggi bagi menyokong tulang belakang dan leher kerana cara tidur ini memberi lebih tekanan kepada bahu serta pinggul.

Tilam yang dipilih juga perlu dipastikan mampu menampung sepenuhnya berat individu dan tidak mempunyai regangan antara tubuh dengan tilam.


*P/s:sumber nya:thanks to mr google n metro*

1 comment:

Prince of Noob said...

terima kasih atas perkongsian... done follow - Noob

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat