Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Monday, May 21, 2012

Kueh Tepung Bungkus


Selamat menjalankan tugas masing2 dengan mood suam-suam kuku hari isnin ni ye..hari ini miss breakfast mihun dan kuih 'tiga sebilik'.Entah la,nama tu lekat je kat minda ni,pasal mula-mula dulu miss beli dan tauke nya cakap kuih tu nama mcm tu padahal ianya adalah Kueh Tepung Bungkus aje.oleh sebab dia letak 3 biji Seringgit kot..miss suka..so,rajin pulak menggoogle resipi nya.Bulan ni sahaja dah dua kali makan kuih ini rasanya.Tak pe,rezeki,alhamdulillah.




Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.

4 comments:

azrin_zelina said...

kuih kesukaan klin jugak, awk buat ke kuih ni????

miloais milo said...

simple aje ye cara nak buatnya...
iols copy resepi ni ye...

eva said...

wahhh lamak tak mkn kueh ni.. slalu makan masa puasa jer.. kat bazaar byk jual.. nak buat tp tak reti.. ehhe

IntaNBerliaN said...

wah.. lamanya sy xmkn kuih ni... sedap tu :-)

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat