Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Friday, May 18, 2012

Kesian Yuna

Siapa tak kenal sama itu Yuna dengan nama sebenarnya Yunalis Zarai telah mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.
Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika di hubungi.

*Banyak bersabar..utk Yuna,tak pe la,nanti mereka akan terima balasan atas perbuatan mereka itu*

1 comment:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

org skrng jahat2 ekkk
asal benda blh jual sure nak mencuri

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat