Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Tuesday, May 29, 2012

Fizo Suka Buat Kerja Gila

Hai,selamat malam..mesti ramai yang jatuh hati tengok gambar jejaka ini,tak pe jatuh hati kat gambar tak apa.Kalau jatuh hati betul2..tanggung sendiri la ye.Hihihi,mari kita tengok 12 perkara yang mungkin kita tak tahu tentangnya:)


12 perkara menarik mengenai pelakon drama bersiri ‘Cinta Buat Emelda’ Fizo Omar. Ingin tahu rahsia anak kelahiran Kelantan ini, jom kita lihat senarai di bawah.

1. Bila tiada kerja keesokan hari, pelakon ini memberitahu dia tidak akan tidur sepanjang malam.

2. Fizo tidak suka makan belacan kerana mempunyai resdung.

3. Anak muda ini gemar membuat kerja gila di mana dia sanggup menunggang motor sejauh Melaka , Port Dickson atau Pahang serta pulang pada hari yang sama semata-mata untuk mencari tempat makan yang menarik.

4. Benda yang paling mahal pernah dibelinya secara tunai ialah kerusi urut Takasima bernilai RM10,000 sempena hadiah ulangtahun kelahiran ibunya

5. Fizo gemar mengumpul barangan Superman di mana sehingga sekarang, dia sudah mempunyai lebih dari 100 koleksi pakaian superhero tersebut.

6. Jika tidak shooting Fizo akan menunggang motor berkuasa tingginya, Honda CBR 1000 dengan pergi berkonvoi bersama grup, ‘Motor Corner’.

7. Pelakon ‘Bionik’ ini pernah mewakili Malaysia dalam sukan bola sepak untuk Kelab Piala Nike 2000 di Korea

8. Selain pandai memasak, anak muda ini juga gemar pergi ke pasar basah.

9. Fizo tidak gemar menggosok, melipat, serta menghantar bajunya ke dobi.

10. Pelakon yang meminati warna biru ini pernah cedera di bahu ketika memakai sut motor.

11. Anak kedua dari empat beradik ini memberitahu suka melayan kaank-kanak.

12. Fizo mengakui sudah empat kali terjatuh motor sepanjang dua tahun lebih terlibat dalam sukan permotoran itu.
*suka senyuman manis nya itu**

No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat