Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Monday, April 30, 2012

Wadai Kepeng ke :)


Assalamualaikum dan selamat pagi:) hari ini kerja..yea..esok cuti lagi.Ramai juga yag ambil kesempatan balik kampung.Mari sini,miss nak share apa miss buat ujung minggu ari tu.sesi masak-masak lagi.Miss search2 resipi dan jumpa resipi yang semua bahan ada di dapur..maka nya harus di Try hihihi..menurut hasil/info dapatan miss,makanan ni,adalah salah satu pencuci mulut orang banjar.Di namakan sebagai Wadai Kepeng..erm,betul ke?

Bahan nya mudah sahaja:-
600 gm tepung pulut
(Utk Bancuhan Air + sedikit Garam + Kapur)=ikut la berapa banyak dan berapa org nak makan

1 biji kelapa muda - diparut(ambil santannya)-miss bli santan siap.
3 cawan air
1 keping gula enau (atau gula merah)
3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara Masak
-Mula -mula adunkan tpg pulut seperti kita buat buah melaka.Tapi dalam size yang kecik2.miss siap buat colour hijau lagi.Masukkan doh kecil2 tadi ke dalam air yang mendidih.Biar sampai timbul.Angkat dan miss basuh sekejap dgn air paip..nanti kita masukkan ke dalam air santan.

Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk, campurkan gula merah dan gula pasir, daun pandan, masak hingga gula hancur. Angkat dan tapis. Masak semula air gula yang telah ditapis hingga mendidih, masukkan santan kelapa. Kacau selalu, selepas itu masukkan adunan yang telah buat tadi. Kacau lagi sehingga adunan itu timbul dan bolehlah diangkat.
Ops ,lupa,miss masukkan sagu sikit..miss panggil ianya telur katak:)apabila telah lutsinar maknanya sagu tu dah masak la.

Nyum2..setelah siap..hidangkan.Miss ajak cik Raihan yang kebetulan datang rumah,utk merasa hasilnya.Taraaaaa...layan gambar je..




2 comments:

cinnamon.com said...

salam kenal..sedap wadai kepeng..dulu2 kat kmpg ada juga buat.

kakak ipar buat.

TF said...

salam kenal singgah sini..lama jugak sy tak makan wadai kepeng nie..sedap nampak..rajinnye buat

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat