Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Wednesday, October 19, 2011

Latihan kemahiran menipu di Sekolah Khas

       Assalamualaikum dan selamat pagi..alhamdulilah hari ni kita masih boleh tersenyum seindah suria pagi.Seperti biasa ,datang opis seawal jam 6.50 pagi..hihihi,ini la rutin ku sejak dua menjak dok tersedar awal.Tapi ari ni miss masak tau..cuma yang simple-simple je la, ye la takkan ari-ari dok p beli,boring la kan..sekali sekala tukar selera plak.Pagi tadi time kemas-kemas nak p kerja dgr la hot fm ada topik " sekolah khas".
     Mula-mula dengar ingat kan sekolah ape la,rupa-rupanya,sekolah yang melatih mausia menipu bukan satu tapi sepuluh..isk2 apa la nak jadi ni.
       Di mana Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Macam mana akgirnya hal ini terbongkar ye? rupanya kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.


Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.Isk2 itu je syarat nya.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.


“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” 

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,”


*Dunia ni makin canggih dan moden ha,ini la jadi nya.Memang kemajuan dan kemodenan dah semakin berkembang maka nya,macam-macam ada dan macam-macam boleh jadi*Ya allah pelihara aku dan juga orang-orang sekelilingku..

No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat