Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Thursday, October 6, 2011

Alhamdulillah..kita sampai jua ke hari ke 6 oktober


Selamat pagi dan assalamualaikum,Alhamdulillah sampai juga kita ke hari keempat dlm minggu ini kan..:) dan sampai jua kita ke hari yg keenam bulan oktober.
Malam tadi,utk kesekian kali nya mata tak leh nak lelap wo..huhhuaaa..apa lagi..dikala mcm rajin sikit miss ucu tulis la sikit,esok blh publish kan ..kan2J
Dalam cari-cari apa yg patut dalam mr Lappy ku ini,terjumpa artikel yg pernah miss save kan n ambil dari blog someone kot tetapi tak ingat blog sapaJ (ampun ye*buat muka simpati)
Jum kita share apa yg menyentuh perasaan itu: check it out


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu
Dan mungkin ia akan Menderita selagi masih hidup
Atau mungkin MATI setelah tidak mampu utk bertahan

Begitu la juga …
Setelah kamu member byak pengharapan kpd seseorang
Setelah dia mula MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Jgn la sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu ….
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk keperluan mu sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK …..tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus di buang sahaja …..

Begitu la juga ….
Jika kamu sedang memiliki seseorang …TERIMALAH dia seadanya
Jangan La kamu terlalu mengaguminya dan menganggap dia begitu istimewa
Anggapla dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan kesilapan dan kesalahan tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
Dan bukan la MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN NYA begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya…..
Lalu semua nya akan TERHENTI begitu sahaja

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang mengenyangkan dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba mencari makanan lain
Kerana terlalu mengejar KELAZATAN
Kelak nasi itu akan BASI sendiri dan kamu tidak sempat menikmatinya lagi…kamu akan MENYESAL
Begitu la juga …..
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
Yang kamu pasti boleh membawa kebaikan kepada diri mu
MENYAYANGIMU…MENGASIHIMU ..dan Menyintaimu
Mengapa kamu berlengah lagi??
Cuba MEMBANDINGKAN dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia berlalu pergi
Kamu juga akan menyesal tetapi tiada gunanya lagi…
Kerna dia berlalu pergi kerana dirimu yang tidak menghargainya..
Oleh itu usah terlalu mengejar kenikmatan lain padahal yang sedia ada bemanfaat buatmu…kerana sebagai manusia,kita tidak sedar adakah diri kita sendiri itu SEMPURNA?
NO,sebagai manusia biasa kita tak lari dan pasti ada terselit kelemahan serta kekurangan yg kita sedar atau tidak  tetapi tetap ada di mata orang yang memandang kita.

:) Coretan ini  agak menyentuh perasaan dan meningatkan diri sendiri supa lbh menghargai apa yg ada ..ALHAMDULILLAH…

No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat