Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Tuesday, August 9, 2011

Bahagianya kan,Jika sudah berdua..


Bila dah cuci mata,mula la mcm-mcm yang kiter jumpa..now tengah godek gosip di blog ohbulan ,terjumpa cerita pasangan pengantin baru ni,,erm,best kan jika ramadhan ini di temani dan ada teman sahur ye.Jum kita baca penglaman mereka berdua menyambut ramadhan berdua.



Sebulan selepas bergelar pasangan suami isteri, Noh Salleh, atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan kini amat teruja apabila isterinya, Shazrina Azman (Mizz Nina) sudah mula memasak untuk hidangan mereka bersama. OHBULAN! sempat menemuramah Noh Hujan yang berseri wajahnya apabila menceritakan pengalamannya sebagai seorang suami.
“Best’lah sebab sekarang ada orang yang masak, ada orang tunggu. Dulu, sahur atau berbuka makan mana yang sempat je. Aku baru 3 hari balik daripada honeymoon. Sekarang, Mizz Nina sudah start masak, kacak!
“Setakat ini, Mizz Nina playsafe, masak yang simple-simple dulu. Antara lauk pauk yang dia masak seperti ayam kicap, ada sambal belacan & sebagainya. Ada yang terlebih masin, tapi okay lagi la,” jelas Noh Hujan sejurus selesai rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam, malam tadi.
Mengenai persiapan raya, Noh menyatakan mereka berdua akan menyambut hari raya di Kuala Lumpur, dan kemudiannya ke Miri & Kuching.
“Mengikut perancangan, aku & Mizz Nina akan menyambut hari raya pertama di Kuala Lumpur. Kemudian, kami akan mengambil penerbangan di tengah malam untuk ke Miri & Kuching pula. Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang perancangan persiapan raya.
Noh sempat bercerita mengenai aktiviti seninya bersama Hujan selepas raya nanti. Dan pada masa yang sama, Noh juga bekerjasama dengan DJ popular tempatan untuk menghasilkan lagu baru Mizz Nina yang berentak elektro.
“Mengenai aktiviti band, Hujan akan mengadakan persembahan sempena Borneo Tour selepas raya nanti. Namun, tarikh yang spesifik masih belum diumumkan lagi.
“Aku ada produce lagu untuk Mizz Nina dengan kerjasama Goldfish & Blink. Malah, aku juga telah melancarkan hasil kolaborasi bersama DJs ini melalui lagu Bila Seharusnya, baru-baru ini.”
*both of u congrats...semoga bahagia sentiasa hingga akhir hayat..insyallah...kacak eh:)*

No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat