Assalamualaikum dan selamat pagi.Siapa tak kenal dengan si jelita atas ni kan...Cat yang semakin manis bila dia ambik keputusan berhijab..Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Kilometer 61.8 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu lalu.
"Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi.
"Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.
Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu.
Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43.
Abdul Manab berkata ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.Kereta yang dinaiki nya bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan kemudian terbabas ke dalam longkang.
Mari Kita hadiahkan Al Fatihah utk Nya.
1 comment:
Dulu Cat pun accident tapi masih panjang umur... moga roh mereka yg pergi tenang di sana. Al-fatihah..
Post a Comment