Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Monday, November 5, 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan


Selamat pagi isnin,entry khas utk semua adik2 yang bergelar calon SPM ,mulai hari ini akan menghadapi exam yang sangat penting untuk adik2 melangkah setapak lagi dalam mengorak langkah menuju kejayaan.Dalam debaran yang dirasai tu,mesti ingat tau,berdoa dan banyakkan solat sunat dan baca yassin bagi menambah keyakinan.
Meh sini kita share,tips menghadapi peperiksaan:

1.SEMAK JADUAL
- Adalah sangat-sangat penting bagi adik-adik untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan adik terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan adik-adik tanya pada guru adik-adik dan periksa jadual yang diberi bersama rakan bagi memastikan adik-adik tidak tersilap.

2. PREPARE ALATULIS/PERALATAN
- Slip peperiksaan,Ic dan alat tulis sudah ready.Dan baju,stokin dan kasut bagai dah siap.

3.TIDUR YANG MENCUKUPI
- tido dalam (6-8 jam) ..ini amat penting sekali.Tidur yang mencukupi akan bg brain kita berfikir dengan baik.hopefully ,dpt jawab dengan tenang..Mesti cakap..x dapat nak tido la..sebab excessively worry
mmmm,ambik wudhuk,tutup lampu dan berehat, sambil baring tu berzikir dan berdoa agar di permudahkan keesokannya.

4. BREAKFAST
- Wajib ambik sarapan tau! badan memerlukan tenaga dan konsentarsi yang tinggi dalam menghadapi exam tu, dan otak menjadi penat.cer fikir apa akan jadi if adik2 tak ambik breakfast...Jadi jgn skip breakfast.

5. JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA
- Sebelum ke sekolah,make sure bersalam dengan kedua orang tua,dan mohon supaya mereka juga mendoakan anda.

6. MASUK DEWAN DENGAN KAKI KANAN
- masuk la ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan dan baca  "bismillah" ,apabila duduk,baca la doa terlebih dahulu.
-Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

***Dan Selepas habis peperiksaan,JANGAN /elakkan menyemak semula jwapan,tawakal la.Kerana takut nanti emosi terganggu pulak.**
Begitu la serba sedikit tips yang boleh di kongsi dan jadi rujukan ,di saat2 akhir untuk calon2 peperiksaan

~~~ Good Luck semua ~



 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat