Assalamualaikum dan selamat pagggi..atas permintaan sahabat2 miss.Di sini miss nak share resipi cheese cake miss yang simple itu.
Bahan-bahan:
500 gm Cream Cheese(Philapedhia)
150gm gula halus@castor
4 biji telur(Gred A)
1 sudu esen vanilla
100 gm mentega
Biskut disgestive.(miss pakai roti marie je)
bluebery filling,buah pic(untu hiasan)
Cara-cara:
1.Hancurkan biskut marie tadi,dan gaul bersama mentega.Selepas di hancur,ratakan dalam loyang 0,miss pakai spring foam blt 22 cm.
setelah rata,masukkan dalam peti sejuk seketika.
2.Sementara itu,masukkan krim keju,telur,gula dan esen vanilla ke dalam bekas dan pukul hingga kembang..
3.Setelah kembang,masukkan adunan itu ke dalam loyang tadi.
4.Bakar dalam ketuhar selama 40 minit dengan suhu 160 c.
5.Setelah masak,sejukkan kek terlebih dahulu sebelmu di hiaskan.
* utk hiasan,ikut suka la nak letak buah ape,miss ari tu letak pic je..
Okey,selamat mencuba:)
NEW ARRIVAL DENIM COTTON
5 years ago
1 comment:
Salam mis Ucu...
waw..sedap kek itu..tergoda gue...
oh ya..terima kasih sudi singgah n follow dapur Rahel blogspot...
Post a Comment