Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Tuesday, August 7, 2012

Kecewa Bercinta: Staf Air Asia terjun kapal terbang


Selamat pagi..alhamdulillah,sht kita hingga hari ke 18 Ramadhan..tadi miss terbaca dari blog lain,kes putus cinta sampai nak terjun ,biar betul? tak pe2..punca tu masih dalam siasatan lagi.Apa pun mari kita baca al kisah nya ye:)

Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.

Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta. Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.

Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.

"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.

"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan. Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.
*Iskh3,knapa la nak sampai mcm tu sekali,nasib baik xda apa2,lagipun tindakan dia tu telah menyebabkan flite delay ok..*kesian penumpang lain tau:)*mood diri sendiri yg x suka if penerbangan ni delay2..
**Menurut cerita lain plak,lelaki itu nampak lembaga hitam or hantu plak,menyebabkan dia mahu turun dari kapal terbang..

3 comments:

Anum said...

ishk2...
macam2

Ann said...

ooo...sbb cinta ke..smlm N bace kt kosmo sebab die ternampak bayang 'hantu' dalam pesawat tu..wuwuuww..

Miss uCu said...

entah la Ann@zanyra..mcm2 andaian kan.hihihi

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat