Assalamualaikum,saje nak menggoda iman tuan-tuan dan puan-puan seawal pagi.
Semalam,miss try masak Sagu Gula Melaka untuk berbuka puasa.Pencuci mulut yang senang dan mudah dibuat,lagi menarik kalau disimpan dalam peti sejuk. bahan yang perlu cuma sagu, susu cair dan gula melaka.Orang kata kalau kuahnya tu menggunakan santan lagi umphh..ye? Tak pe la,miss gunakan bahan-bahan yang ada depan mata je la.First time cuba,buat sikit je,satu mangkuk:) Lain kali cuba lagi ye..
Bahan-bahan
Sagu
Susu Cair
Gula Melaka
1.rendam sagu supaya proses nak masak jadi cepat.
2.Toskan dan cuci sagu yang tlh direndam.
3.Didih kan air ikut sukatan sagu anda itu.
4.Masukkan sagu dan kacau perlahan-lahan
5.Angkat dan tos kan,sagu tersebut..
6.bila dah sejuk, masukkan je dalam petisejuk. kalau nak makan banyak hari, pastikan letak dalam tupperware dan tutup rapat. kalau tak buat gini, nanti sagu jadi warna keputihan dan keras dipermukaan atas.(miss buat sikit je..)
7.Sementara tunggu sagu sejuk,didihkan air bagi menghancurkan gula melaka tadi.Sikit je air pun takpe,masukkan bersama daun pandan.
8.Akhirnya,apabila nak makan,curahkan gula melaka bersama susu cair yang kita panaskan tadi,bersama secubit garam.
Taraa,siap menu berbuka kita puasa ke 3..
*Terima kasih En.Google..miss pinjam gambar itu,sebab semalam miss x sempat snap pun:)*
NEW ARRIVAL DENIM COTTON
5 years ago
4 comments:
anum belum pernah try
Ida selalu buat ni.. ehem ehem . maklumlah orang melaka.. =)
blum penah cuba juga...nmpk sedap tu...
adehhh tiba2 plak elan air liur.. sedap je nampak..
Post a Comment