Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Monday, May 14, 2012

Stress-Ayah Mertua Rita Rudaini Masuk Hospital


Hai..kisah pasangan ini belum reda lagi kan..terbaru ni pulak kesihatan ayah mertua kepada Rita Rudaini, Abd Razak yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Jaafar Seremban sejak 3 Mei kerana diserang asma dan jangkitan kuman dalam darah. Abd Razak tidak menolak bahawa dia berasa sedikit tertekan dengan berita kemelut rumah tangga anaknya, Aidil Zafuan bersama pelakon, Rita Rudaini.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan rasa kesal kerana banyak perkara yang kurang benar diperkatakan oleh pelakon tersebut.

Walau bagaimanapun, Abd Razak menyatakan pendirian beliau untuk tidak terlibat dalam krisis rumah tangga mereka dan mendoakan kebaikan untuk anak dan cucunya. Sekiranya tiada aral melintang, beliau dijadualkan pulang ke rumah, hari ini.


Imbas kembali, pemain bola sepak negara ini telah menfailkan penceraian terhadap Rita Rudaini melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal April lepas. Bertarikh 30 April, Rita Rudaini yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu mahkamah dia tidak bersetuju dengan permohonan itu berikutan dia dan Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah mereka empat bulan lalu. (Sumber : Utusan)

Dengan itu, mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut bagi melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Hanya Mereka yang tahu kisah mereka kan..kita baca je:) sumber dari Oh Bulan!
suka tengok lakonan Rita dalam cerekarama sabtu ari tu jam 10.00 bertajuk Teratak Shamsiah*...sangat ayu dia..

No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat