Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Monday, May 28, 2012

HIKMAH DI SEBALIK 7 AYAT DALAM AL FATiHAH


Assalammualaikum,......Saja-saja nak kongsi email yang miss dapat daripada seorang sahabat..miss tepek kat sini, kat sini ye.Santai-santai minda kita ye.Sharing is caring:)


Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah
itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak.
Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir
setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang
akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya
dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang
besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan
Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi
baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi
kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada
hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)?
Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu
benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat
Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka
dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan
pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara,
haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan
oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana
sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini
terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak
melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota
terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti
mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada
bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau
berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota
penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah
kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua
anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah
kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan
menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu
kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan
juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau
tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti
sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh
intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia
akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat
dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah
satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit
dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan
kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada
hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian
sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan
hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga
hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan
seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang
ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang
mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia.
Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya
mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia,
hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan
manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan
manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan.
Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan
manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan
tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini
tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli
rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan
dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa
manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu,
jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa
Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia,
bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa
Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia
lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di
dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu
yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan
(nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .'
Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk)
memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak
melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan
yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan
tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu
berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau
tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk
makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita
yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu.
Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila
dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh
ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu
bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu
boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia,
patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al
Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat
mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang
tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala
mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap
serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu
yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar
mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya
untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan
mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya
dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada
bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi
akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu
sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan
rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau
dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu
semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu
jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan
mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai
bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya
Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh
dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh
mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al
Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah
meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh
mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di
dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya
kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat
ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi
boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk
memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT
menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh
peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti
diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil
seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat
tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya
mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah
boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan
Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang
rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah
ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham
tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan
merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang
mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia
bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini
maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru
memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah,
belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah
saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan'
daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia
diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok
dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas.
Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan
rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam
menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat
kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah
itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di
dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan
tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung
kaitnya dengan hidup kita.

No comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat