Iskh2..dunia ni macam-macam ada.Perangai manusia 1001 karenah,malang bagi seorang guru yang sepatutnya bergelar isteri di hari berbahagianya semalam.Tetapi menjadi mimpi ngeri dan mendatangkan sejarah hitam dalam hidupnya apabila impian mendirikan masjid musnah.Tunangnya itu telah melarikan diri bersama kereta serta barang barang berharga milik mangsa dua hari sebelum diijabkabulkan.Wanita berusia 26 tahun itu kerugian lebih RM60,000 selepas Proton Persona, barang kemas, komputer riba dan telefon bimbitnya dilarikan lelaki terbabit.
Lebih mengharukan apabila lelaki berusia 30 tahun yang memperkenalkan diri kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) rupa-rupanya suspek dikehendaki polis, selain pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan jenayah penipuan.
Ngeri apabila membaca berita ni tadi,tapi ini lah realiti dunia dan setiap masa kita kena berhati-hati dalam semua hal.Insyallah,semoga kita sentiasa dilindungi dan di harapkan guru wanita itu taabah dan redha dengan ujian ini.
No comments:
Post a Comment