Hi,apa macam dgn tajuk entry kat atas tu? sebenarnya masa lepaking2 ni miss ucu velek-belek sebuah majalah ini.Tertarik dengan cerita ni...meh kita layan ini cerita~
Pada suatu hari seorang pemuda ni yang diberi nama Shabil Bin Ibrahim di sebuah bandar.Tiba-tiba terjatuh sebiji epal dari sebatang pokok di sebuah kebun,pemuda ini terus ambik lalu makan lak,berani kan dia...setelah makan baru dia rasa bersalah kerana itu bukan miliknya.Lalu pemuda tersebut masuk semula ke kebun itu utk mencari pemilik kebun dan meminta maaf atas keterlanjurannya.
Setelah mencari akhirnya,dia bertemu dengan pemilik kebun.Dia pergi berjumpa dan memohon maaf.Agak-agak empunya kebun tu maafkan tak??
Tuan Punya kebun itu "Wahai pemuda,aku akan memaafkan kamu dengan satu syarat iaitu kamu perlu mengahwini anak perempuanku yang buta,bisu,pekak serta lumpuh.Kerana takut akan seksa Allah,maka pemuda itu pun bersetuju.
Setelah dinikahkan,pemuda itu memasuki bilik.Dia dapati seorang perempuan yang sangat cantik.Pemuda itu berkata " ayahmu mengatakan bahawa anak nya buta,bisu ,pekak dan lumpuh.
Isteri nya pun menjawab "ayah berkata begitu kerana mataku buta kerana tak pernah melihat maksiat,lidahku tidak pernah berkata atau mencaci dan telinga ku terpelihara dari mendengar yang haram dan kaki ku tidak pernah melangkah ke tempat yang tak di restui oleh Allah.Pemuda itu yang mendengar sangat rasa gembira dan akhirnya mereka hidup bahagia.Mereka dikurniakan dengan seorang anak yang menjadi ulam besar dan terkenal sehingga hari ini iaitu Imam Abu Hanifah.
* ha,itu lah nikmat nya dan kita pun tak sangka kan kurniaan yang ada kan..apapun yg penting hati kena sentiasa baik beb*
No comments:
Post a Comment