Halwa Telinga

Ihsan KasihMu..Jum KLIK:)

Cari sesuatu yang menarik ??

Followers Terhebat

Empunya cerita

My photo
Merupakan Puteri bongsu di antara enam orang adik beradik.Simple PersoN, easy goinG, fRiendly.Wujudnya blog ni hanya suka-suka bagi mengabadikan setiap detik suka dan duka kehidupan dan melakarkan setiap kenangan saya dan mereka:)

Blog Archive

Mungkin anda tertinggal yang ini...:)

get this widget here

Friday, September 21, 2012

noktah cinta yuna

Siapa tidak kenal dgn gambar artis kat atas ni kan:)Yuna yang dulu berpacaran dgn pengacara rancangan Jalan-jalan Cari makan,Qi..mengakui kisah cinta mereka telah berakhir..Menurut pengakuan nya di Harian Metro,miss paste kat sini..Salute la dengan kenyataan beliau..insyallah,semoga ada jodoh kalian berdua. “Jujurnya, jarak jauh antara kami berdua memang terkesan yang mengundang rasa tertekan. Mana tidaknya, kebetulan kami berdua sibuk meletak sepenuh fokus pada kerjaya masing-masing. Jelas, kesibukan itu membuatkan berundur seketika adalah penyelesaian terbaik. “Saya sendiri terikat dengan jadual konsert jelajah seluruh Amerika bersama syarikat rakaman, Fader Label bagi mempromosikan album terbaru. Tiada langsung waktu rehat sepanjang di sana dan Qi pula kini makin sibuk dengan jadual lakonannya di Kuala Lumpur selain rezeki pengacaraan yang melimpah-ruah. “Itulah yang membuatkan kami berdua mengambil keputusan berehat seketika. Jika ada jodoh dan rezeki, ia tidak akan lari ke mana. Doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya yang optimis dan terbuka dengan ketentuan yang disuratkan. Petang itu, pemegang beberapa pengiktirafan dan terbaru Anugerah Ikon Generasi Muda Kategori Seni ini sempat mengingatkan agar kisah ini tidak terus berlanjutan hingga mengaburi kerjayanya. “Saya faham tugas media dan akur dengan senario ini cuma saya amat berharap agar kisah ini tidak terus diperkata hingga menyembunyikan kerja dan usaha saya. Itu lebih penting dan soal seperti ini hanyalah sisi peribadi yang lambat-laun akan hilang juga. Biarlah fokus itu diberikan kepada perjuangan saya dalam dunia muzik,” katanya. Yuna juga graduan jurusan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA kini gigih meletak sepenuh kesungguhan dan jiwanya untuk menyelinap masuk membina nama di pentas antarabangsa. Meninggalkan keluarga, hidup dan segala rutin hariannya di Malaysia semata-mata ingin mengejar impian jauh di bumi Amerika, apa yang menjadi keutamaan dan paksi hidupnya kini adalah kejayaan menjadi penghibur di sana. Berpangkalan sejak dua tahun lalu di Los Angeles dan berulang-alik menjelajah bumi Uncle Sam itu, Yuna perlahan-lahan mengukuhkan empayar perjuangan muziknya di bawah pengurusan di sana. Peminat yang ingin menyaksikan Konsert Yuna Homecoming bolehlah melayari www.ticketpro.com.my atau menghubungi talian 03-78807999 dan 017-5912009 (Pulau Pinang) serta 011-12001834 (Kuching). (Sumber dari Metro)

2 comments:

Mama Gee said...

alahaii...suke tgk derang...both so sweet... :)

Unknown said...

Thanks ucu n i 4low u 2...:)) both mmg cantik :))

 

Copyright © 2012 Reserved to Begins with Smile Design with love by CikBulat